HOT!!! Tahniah: (Gambar2) Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran DS Anwar Ibrahim Yang Ke-66.. Jom Terjah!!!


Bertempat di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah diadakan diperkarangan rumah Pak Ya, Simpang Tiga Kubang Ulu, Penanti semalam 10 Ogos satu majlis serba ringkas menyambut ulangtahun ke 66 DS Anwar Ibrahim telah diadakan.

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat.

Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.

Oleh itu beliau telah dibebaskan.

Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia.

Dan pada 5 Mei 2013 beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr. Mazlan Ismail dan dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang, 


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Keadilan, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Seberang Jaya, Dr, Afif Bahardin dan ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin serta ADUN Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man.

Majlis tersebut diuruskan oleh Wanita Cabang Permatang Pauh, tiga biji kek dengan lambang PKR, PAS dan DAP telah disediakan.

KeAdilan cabang Permatang Pauh mengucapkan.. Selamat menyambut hari lahir, semoga dipermudahkan Allah dalam menempuhi perjalanan hidup ini dan berjaya membawa keadilan untuk semua rakyat Malaysia akhirnya...

Lagi gambar-gambar sekitar majlis sila lihat di ( SINI )

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.