Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November kerana jangkitan dada.
Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikan tindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
"Beliau (Dr Mahathir) bagaimanapun perlu meneruskan program senaman dan fisioterapi beliau," menurut kenyataan itu.
Semasa menerima rawatan di IJN, Dr Mahathir, 88, menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Nov dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 November. - Bernama
doakan dia panjang umur ...... banyak lagi dosanya terhadap rakyat malaysia yang belum di'kifarah'nya lagi....
ReplyDelete