HANGAT!!! Gossip Bayaran Kepada Ustaz Azhar Idrus Dalam Filem "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang" Tinggi, Ini Penjelasan David Teo.. Jom Terjah!!!



Kemunculan Ustaz Azhar Idrus dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menerusi hanya tiga babak ringkas dikatakan menerima bayaran mahal daripada pihak produksi MIG, David Teo.

Terdapat desas-desus mengatakan jumlah wang yang dibayar kepada Ustaz Azhar Idrus ialah antara RM25,000 hingga RM30,000, meskipun sekadar tampil dalam tiga babak sahaja dan bukan keseluruhan filem.



Bagaimanapun, David Teo yang ditemui dalam majlis pratonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang baru-baru ini enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth dan berharap ianya tidak dipertikaikan memandangkan peranan Azhar dalam filem tersebut memberi impak kepada jalan cerita.

“Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.

“Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.