BERAPI!!! Muktamar PAS: Pengundian Untuk AJK PAS Pusat Ditangguh, Kenapa? Hanya Timbalan, Naib Presiden Di Undi, Keputusan Hari Ini.. Jom Terjah!!!



SHAH ALAM 22 NOV: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun, pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.
logo59Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.
Memetik Harakah Daily, pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.
Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.
Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.
Menurut Asmuni, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.
Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.