Terkini!! Peringatan Tuan Guru Presiden Dalam Ucapan Dasar Muktamar : Agama Bukan Barang Dagangan.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan  bahawa isu-isu agama yang bersendikan al-Quran dan as-Sunnah tidak wajar dijadikan 'barang dagangan' yang boleh dijaja ke sana ke mari.

Apatah lagi kata Abdul Hadi apabila ia dijadikan senjata politik oleh sesetengah pihak seolah-olah perihal agama ini umpama barang dagangan yang boleh dijual beli.

"Umat Islam dikejutkan dengan rentetan serangan isu-isu berkaitan agama Islam.

"Bila timbul isu ini, rakyat awam dijalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, maka timbullah isu kalimah ALLAH, hudud yang diulas ditepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahli.

"Sehubungan itu, Pas menegaskan, bahawa isu-isu agama yang penuh sarat dengan hukum syariatnya... tidak wajar menjadi barang dagangan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Pas di Stadium Melawati hari ini.

Sehubungan itu katanya, Pas menerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah, dengan dibantu oleh Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat akan digerakkan bagi membawa mesej jelas tentang dakwah ini ke dalam masyarakat Islam.

"Jentera ini akan digerakkan secara efisyen bagi menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan.

"... ini bagi memastikan kita (Pas) dapat membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan memahami agama mereka dengan lebih baik menurut sumbernya yang sahih," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.