TAHNIAH!!! Bajet 2014 Negeri Selangor Mencatat Sejarah Paling "HEBAT", Bandingkan Dengan Negeri Ku... Jom Terjah!!!



SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik, berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta; memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu Kehidupan bertaraf dunia dan memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

Sebanyak 66.2 peratus disediakan bagi perbelanjaan mengurus yang terdiri dari perbelanjaan bekalan sebanyak RM1,107,046,687 dan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM118,033,523.

Manakala perbelanjaan pembangunan pula dijangka menerima peruntukan sebanyak RM624,919,790 atau 33.78 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan.

Agihan terperinci bagi perbelanjaan mengurus adalah seperti berikut di mana perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM421,748,946 atau 34.4 peratus; pemberian dan kenaan bayaran tetap RM411,801,227 atau 33.61 peratus; emolumen RM370,522,216 30.24 peratus; perbelanjaan-perbelanjaan lain  RM14,591,101 atau 1.19 peratus dan aset sebanyak RM6,416,720 atau 0.52 peratus.

Berdasarkan sektor perbelanjaan pembangunan, infrastruktur merupakan komponen terbesar dengan peruntukan RM388,728,030 atau 62.20 peratus, diikuti oleh sosial RM143,182,140 atau 22.91 peratus, ekonomi sebanyak RM90,401,601 atau 14.47 peratus dan perbandaran RM2,608,010 atau 0.42%.

Peruntukan bagi sektor infrastruktur diterajui oleh kemudahan awam sebanyak RM357,272,280 atau 91.91 peratus, diikuti sains, teknologi dan inovasi  RM22,956,420 atau 5.91 peratus dan perumahan sebanyak RM8,499,330 atau 2.19 peratus.

Bagi peruntukan sektor sosial, ia melibatkan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor RM77,850,030, pendidikan RM26,300,050, modal insan RM8,682,020, sukan  RM8 juta, kampung baru sebanyak RM5 juta dan belia sebanyak RM3.5 juta.

Peruntukan untuk sektor ekonomi pula mendapati kewangan akan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51,620,000.000, diikuti oleh pertanian sebanyak RM17,481,600, pembangunan usahawan RM7,850,010, pelancongan RM5.4 juta, sumber alam RM3.65 juta, kajian dan penyelidikan sebanyak RM2.8 juta dan pelaburan sebanyak RM1.6 juta.

Sejumlah 84.36 peratus atau RM2.2 juta daripada peruntukan sektor perbandaran akan dinikmati oleh kerajaan tempatan manakala yang selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, Selangor menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan dijangka berkembang pada kadar 6.1 peratus pada 2014.

Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan amalan berbelanja dengan berdisiplin dan berhemah bagi menabung untuk perbelanjaan masa hadapan tanpa mengharapkan daripada kerajaan pusat untuk menampung perbelanjaan pentadbiran.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan prinsip asas Belanjawan BN tidak cuba menangani masalah kos apabila hanya subsidi dan perbelanjaan pembangunan menjadi mangsa pengurangan sedangkan komponen lain dalam perbelanjaan mengurus diunjurkan terus melonjak.


BANDINGKAN...

budgetkdh2014
Kerajaan Negeri Kedah menyediakan RM796,352,357 sebagai peruntukan untuk Bajet 2014.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir ketika membentangkannya di  Dun Kedah berkata, RM560,729,637 disediakan untuk perbelanjaan mengurus dan RM235,622,720 bagi perbelanjaan pembangunan.
Beliau berkata, di bawah peruntukan mengurus, kerajaan negeri menyediakan RM243,127,123 untuk emolumen, pemberian dan kenaan tetap (RM322,280,105, perkhidmatan dan bekalan (RM130,982,105) dan pembelian aset serta lain-lain perbelanjaan masing-masing sebanyak RM32,252,183.
"Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan langkah, program dan pelbagai projek pembangunan untuk memacu transformasi negeri," katanya.
Sumber: Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.