Alhamdulillah!!! (Gambar2) Wakil Rakyat KawasanKu Selesai Mengangkat Sumpah Di Hadapan Speaker.. Semoga Amanah Ini Digalas Sebaik Mungkin..


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Datuk Paduka Md Rozai Shafian sebentar tadi.

Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang Bajet 2014 Negeri Kedah.



Seusai majlis angkat sumpah, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membentang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Sidang bajet negeri Kedah berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 21 November hadapan.



Pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau 4 November lalu, Ustaz Mohd Azam yang mewakili PAS mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan menjoriti 1,080 undi. Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala calon BN, 10,985 undi.

PRK Dun Sungai Limau diadakan setelah penyandangnya Tan Sri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.