Muktamar Dewan Muslimat Pas: Keputusan Petang Nanti - 683 Perwakilan Tentukan Kemenangan Calon Bertanding.. Jom Terjah!!!




Seramai 638 perwakilan Muslimat PAS mula mengundi kira-kira 11.30 pagi ini bagi memilih Jawatankuasa Dewan Muslimat parti itu pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Pada pemilihan kali ini, seramai 31 calon bertanding bagi merebut jawatan yang dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Ketua Dewan Muslimat, Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa (12 kerusi).

Perebutan kerusi Ketua Dewan Muslimat menyaksikan pertembungan semula antara penyandang Siti Zailah Mohd. Yusof dan Nuridah Salleh.

Nuridah pernah dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat pada 2007 sebelum tewas kepada Siti Zailah empat tahun kemudian.

Jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar.

Jawatan timbalan pula menyaksikan pertandingan antara penyandang,  Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Najihatul Salihah Ahmad manakala calon bagi jawatan naib ialah Mumtaz Mat Nawi dan Dr Rosni Adam.
Seramai 23 calon pula akan bertanding merebut 12 kerusi AJK Muslimat.

Keputusan pemilihan Dewan Muslimat dijangka diketahui seawal 5 petang ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.