Tindakan Khalid Ibrahim menaikkan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.
Khalid dikriktik. Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri. Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.
Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat.
Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak senang dengan kenaikan itu yang dianggap sebagai terlalu tinggi.
Walaupun beliau setuju dengan kenaikan itu tetapi ia tinggi dan minta Khalid mengkaji balik dan memberi alasan munasbaah.Manakala Mohamed Azmin Ali meminta kenaikan itu ditangguhkan.
Khalid Ibrahim hari ini bagaimana pun bingkas mempertahankan kenaikan itu kerana ia munasabah kerana bebanan wakil rakyat banyak. Beliau sebaliknya menempelak Azmin sekiranya tidak bersetuju boleh diberikan gaji yang naik itu kepada badan kebajikan.
Menarik juga isu ini. Tetapi mungkin ada yang terfikir kenaikan itu adalah perkara biasa dan wajar. Tetapi bagi pemerhati kenaikan itu ada motif tertentu kalau tidak masakan ianya diteruskan.
Khalid ketika respon kepada kritikan dan teguran itu menegaskan ia adalah muktamad.Mungkin apa yang dilihat di sebalik kenaikan gaji Adun ini tidak disetujui oleh pihak lain dan dinafikan Khalid sendiri.
Namun bagi pandangan umum kenaikan ini ada sebab dan tujuan tersirat yang boleh mengejutkan.Umum tahu Khalid waktu ini sedang berhadapan dengan masalah, di mana corak pentadbirannya dipertikaikan.
Cara beliau menguruskan negeri Selangor secara korporat menimbulkan kemarahan di kalangan ahli politik khasnya dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.Justeru itu berlaku beberapa protes terhadap Khalid termasuk cadangan agar menurunkan beliau dari kerusi MB dan diganti dengan orang lain.
Walaupun beberapa isyarat diberikan agar beliau meninggalkan kerusi MB dengan baik, tetapi Khalid seakan tidak mempedulikannya. Sikap 'lembu kenyang' yang diamalkan Khalid menjadikan kemarahan kepadanya semakin menjadi-jadi. Teguran secara baik dilakukan Anwar juga tidak dipedulikan.
Di satu peringkat pihak BBC Selangor mengemukakan memorandum memprotes tindakan Khalid yang memotong peruntukan pembangunan atas alasan ianya tidak dibelanjakan.
Tindakan benar-benar menimbulkan kemarahan. Peringkat pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat DAP dan PAS juga telah memaklumi keadaan ini.Sikap beliau tidak mesra politik dengan orang-orang parti juga menjadi masalah.
Akibatnya banyak masalah mengenai pengurusan parti tidak berjalan lancar kerana Khalid tidak sedia membantu parti dengan kedudukannya sebagai MB. Khabarnya Khalid tidak mempeduli langsung mengenai kewangan parti menyebabkan ada sesetengah kaki tangan pejabat tidak bergaji.
Bertolak dari sikap dan stail itulah beliau terus dikritik sehingga sampai ke peringkat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya sekiranya beliau degil untuk tidak melepaskan jawatan.
Ada sumber menyatakan beliau diberi masa selama tiga bulan.Apakah langkah Khalid menambahkan gaji Adun itu sebagai usaha beliau untuk mengambil hati para Adun Selangor agar tidak terpengaruh dengan suara-suara atau perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya kepadanya? Tunggu ulasan selanjut.
~mso
***
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.
Menurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.
"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.
"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.
Menurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.
"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.
"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.
Anwar turut menolak alasan Khalid yang mengusulkan kenaikan itu berasaskan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak.
0 comments:
Post a Comment