Berani Giler!!! Wacana Kepemudaan Pra Muktamar DPPM Bersama Calon2, Sejarah Baru Tercatat.. Jom Terjah!!


Baru sekejap tadi telah berlangsung wacana pra muktamar Pas di Mergong, Alor Star Kedah yang mengemukakan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas. Ianya dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kedah. Majlis itu sesuatu yang perlu dipuji kerana ia menggambarkan sikap terbuka dan anjakan politik pemuda Pas.


Wacana itu juga menunjukkan sikap terbuka dan keberanian dewan pemuda berkenaan. Secara tidak langsung wacana sedemikian juga meletakkan dewan Pemuda Pas lebih terkedepan berbanding dengan parti Umno yang mengakui sebagai sebuah parti berpengalaman tetapi tidak berani untuk meletakkan celon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua Pemuda Umno di atas satu pentas untuk mengemukakan wawasan masing-masing.


Bagaimana pun agak dikesalkan seorang calon ketua dan timbalan ketua tidak hadir. Mereka ialah Kamaruzaman Mohamad yang bertanding jawatan ketua dan Abdul Khalil Abdul Hadi yang bertanding jawatan timbalan ketua pemuda. Ketidak-hadiran mereka sedikit sebanyak mencacatkan wacana berkenaan.

Ketidaaan mereka berdua juga boleh disifatkan sikap tidak sporting mereka dan mungkin juga mereka kurang berani untuk berdepan dengan khalayak. Ia ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi mereka sebagai calon. Tanpa hadir menyebabkan orang boleh menyifatkan mereka juga tidak mempunyai idea atau pun tidak bersedia dengan wawasan atau iltizam untuk memimpin Pemuda.

Wacana itu dirasmikan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ustaz Nasir Zakaria manakala Dr Nazil Nuhairi selaku moderatornya. Dua calon ketua Pemuda Zul Hazmi Sharif dan Suhaizan Kaiat serta seorang calon timbalan Ketua Raja Ahmad Iskandar hadir dan mengemukakan pandangan serta wawasan mereka.



Usaha dilakukan Dewan Pas Kedah itu sesuatu yang wajar dijadikan tradisi dalam Pas menjelang pemilihan. Mungkin untuk masa akan datang ia perlu ditetapkan untuk diadakan di setiap negeri atau pun secara berpusat di Kuala Lumpur.


Sekali lagi diucapkan syabas kepada Pas Kedah kerana mendahului Dewan Pemuda Pas negeri-negeri lain. Syabas juga kepada Suhaizan, Zul Hazmi dan Raja Ahmad Iskandar kerana memenuhi undangan untuk wacana berkenaan. Anda telah memulakan sesuatu pembaharuan bernilai dalam Pas. 

[MSO]- dgn tambahan gambar dan diedit nama moderator

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.