Baru-baru ini kita dapat melihat
foto indah perkahwinan Pengeran Muda Abdul Malik bersama pasangannya,
Dayangku Raabiatul Adawiyah yang berlangsung di Istana Nurul Iman,
Bandar Sri Begawan.
Pasti ramai yang terpukau dengan
kecantikan Raabiatul. Tetapi, beliau bukan sahaja cantik, malah
pencapaian tinggi dalam bidang yang diceburi olehnya, ternyata beliau
layak digelar wanita “beauty with brains”.
Bukan itu sahaja, kemampuan membaca
Al-Quran dengan baik, Raabiatul, dinobatkan gelaran ‘The Best Muslimah
Al-Quran Recital’ semasa menyertai `Miss World Muslimah` di Indonesia
pada tahun 2013.
Pengeran Muda Abdul Malik, meluahkan rasa kagum dengan pencapaian dan sikap peribadi isterinya.
“Yang Mulia Dayangku Raabi’atul
‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah sudah terbiasa dengan didikan
keagamaan dan sikap bersopan santun daripada kedua-dua ayahanda dan
bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap hormat-menghormati di antara
satu dengan yang lain, bahkan keupayaannya dalam menjaga adinda-adinda
ketika keduanya sibuk dengan tugasan merupakan satu kelebihan yang
dimilikinya.
“Sikap dan keupayaan Yang Mulia
Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah tertanai begitu sebati dalam diri
membawanya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan
yang paling menonjol ialah keagamaan. Berkat didikan keagamaan yang
begitu kuat daripada sekolah agama lagi serta bimbingan daripada
ayahanda dan bonda yang begitu memperhatikan pendidikan agama,
lebih-lebih lagi bondanya Pengiran Hajah Noor’aismah binti Pengiran Haji
Ismail, seorang guru agama mengajar pelajaran Al-Qur’an telah memberi
inspirasi kepadanya mengikuti beberapa Peraduan Membaca Al-Qur’an
antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan tersebut
yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada tahun 2005 dan
mengikuti Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja pada tahun 2008 serta menyertai
Pertandingan Dikir Dabai’ie Di Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan
Maktab-Maktab Senegara pada tahun 2008, di samping pernah mengikuti
program Membaca Mandiri Minda di Sekolah Menengah Menglait pada tahun
2005. Dengan kejayaan ini turut membawanya berjaya mendapat gelaran
Pembaca Al-Qur’an Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Qur’an Recital)
keseluruhan dari kesemua aspek pada tahun 2013 apabila berjaya mewakili
negara dalam Pertandingan Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang
bersangkut-paut dengan aktiviti keagamaan.
“Tidak hairanlah jika Yang Mulia
Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah begitu aktif dalam aktiviti kebajikan
yang melibatkan kaum Muslimah dan membolehkannya memberikan pertolongan
sewaktu mengikuti Pertandingan Wanita Muslimah yang menghendaki
mengikuti beberapa aktiviti yang bermanfaat. Kejayaannya dalam usia yang
begitu muda memegang gelaran Pembaca Al-Qur’an Terbaik Muslimah
keseluruhan setelah berjaya mengalahkan peserta-peserta dari
negara-negara Islam yang lain seharusnya dijadikan contoh dan ikon bagi
remaja dan wanita Brunei kitani dalam memperjuangkan hak asasi wanita di
negara ini bahkan penyertaan tersebut bukan hanya sekadar suka-suka
tetapi telah membuktikan keupayaan Muslimah negara ini menjalankan apa
jua aktiviti-aktiviti kebajikan dan keagamaan setaraf dengan
negara-negara Islam di dunia. Perjuangannya dalam menyertai pertandingan
tersebut bukan terhenti di situ sahaja setelah berjaya merangkul
gelaran tersebut bahkan semangat yang dimiliki Yang Mulia terus
diperjuangkan setelah kembali ke negara ini dengan berhasrat
menyumbangkan aktiviti amal kebajikan terutama sekali kepada hal ehwal
kesejahteraan kaum wanita, ibu-ibu dan remaja.
“Dalam kalangan keluarga dan
rakan-rakannya, Yang Mulia terkenal sebagai seorang pelajar yang
berhemah tinggi, bersopan santun dan sangat menghargai kedua-dua orang
tua dan guru, di samping seorang peramah, suka beramah mesra dengan
semua peringkat. Bagi ayahanda dan bonda, Yang Mulia memang kakanda
contoh yang sangat menyayangi adindaadindanya. Dari sejak awal lagi,
Yang Mulia sudah dilatih dengan sifat keibuan oleh ayahanda dan bonda
bilamana Yang Mulia sering kali dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan
memeduli keperluan adinda-adinda yang lain sepanjang ketiadaan kedua-dua
ayahanda dan bonda keluar menjalankan tugas.
“Semasa lapang, Yang Mulia gemar
bermain badminton dan skuasy serta mendengar muzik. Dengan sifat
ketekunan itu, Yang Mulia adalah sumber inspirasi dengan kejayaan wanita
di negara ini,” luah Raja Abdul Malik.
Pasti wanita diluar sana berasa kagum
dengan pencapaian dan sifat peribadinya. Semoga pasangan diraja ini
sentiasa dirahmati serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment