Terkini!!! Kisah Allahyarham Koperal Ayob Maut Dalam Letupan Bom Dirungkai, Ini Jawapannya.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa dalam letupan bom di Kedah pada 24 Disember lepas mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya dan dijual kepada peniaga bahan lusuh.
   
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, anggota tentera itu, Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun, menjual bahan logam itu untuk mencari pendapatan sampingan.
   
"Kami dapati beliau ambil bom itu di lapang sasar setelah ia tidak meletup dan bawa ke rumah untuk dipisahkan bagi mendapatkan tembaga dan dijualnya kepada kedai bahan lusuh sebagai pendapatan sampingan beliau.
   
"Pengambilan bom itu tidak digunakan bagi tujuan jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Dalam kejadian letupan itu, Ayob, anaknya, Hidayah, 8, dan anak jiran mereka, Afiq Luqman Shahrizal, 4, maut apabila beberapa bom mortar meletup di rumah Ayob di Taman Ria Mesra, Gurun.
   
Kuasa letupan itu juga menyebabkan 40 buah rumah rosak di sekitarnya.
   
Noor Rashid menegaskan bahawa prosedur kawalan keselamatan terhadap persenjataan di kem tentera tempat Ayob bertugas telah dilaksanakan dengan betul.
   
"Tetapi elemen anggota tentera itu yang mempunyai kebenaran memasuki lapang sasar menyebabkan insiden letupan itu berlaku," katanya.
   
Beliau berkata, laporan siasatan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara. 


- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.