Todia!!! Benarkah Parti MIC Akan Dibatalkan Pendaftarannya Oleh ROS Dalam Tempoh 60 Hari Lagi... Jom Terjah!!!


G. Palanivel.
PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel memberi jaminan parti itu sedang melakukan apa juga cara yang boleh dilakukan dalam melaksanakan pemilihan semula parti seperti yang diminta oleh Pendaftar Pertubuhan. 

Beliau berkata terdapat banyak dakwaan dan maklumat palsu yang tersebar di media mengenai isu pemilihan semula parti itu. 

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat prosedur yang betul yang harus dipatuhi seperti yang termaktub dalam Akta Pertubuhan apabila berhadapan dengan aduan yang diterima serta eputusan yang dibuat oleh ROS. 

"Kita, bersama dengan pihak peguam, sedang mengikut prosedur dan telah mengambil semua langkah yang sewajarnya demi melindungi kepentingan MIC dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan. 

"Pertama sekali, ROS telah mengeluarkan surat bertarikh 5 Disember 2014 kepada MIC berhubung dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak selepas keputusan pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden dan Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dikatakan tidak sah. 

"Cadangan yang dikemukakan ialah pemilihan semula parti diadakan MIC tidak diberikan sebarang peluang untuk menjawab tuduhan yang dikemukakan kepada ROS. 

"Kami terpaksa melantik peguam untuk melihat isu ini dan ketika ini, kami telah mendapatkan nasihat peguam, dan telah menulis surat bertarikh 24 Disember 2014 meminta penjelasan dan membangkitkan beberapa isu dengan ROS. 

"ROS telah membalas surat berkenaan pada tarikh 31 Disember 2014. Peguam kami sedang meneliti semua isu yang berlaku dan memberikan nasihat apakah tindakan seterusnya yang harus diambil dalam masa terdekat. 

"Pada ketika ini, saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut kerana tindakan saya boleh menimbulkan konflik kepada kepentingan MIC. Kami juga sekali lagi telah menulis surat kepada ROS pada 2 Januari 2015 meminta penangguhan masa diberikan agar ia tidak menjejaskan hak MIC," katanya. 

"Terdapat kebimbangan MIC akan dibatalkan pendaftarannya dalam tempoh 90 hari berkuat kuasa 5 Disember 2014, sekiranya pemilihan semula parti tidak diadakan. Saya ingin memberikan jaminan bahawa kami akan menggunakan apa jua saluran bagi memastikan agar pendaftaran parti dibatalkan,"  katanya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.