[Video] Isu Surau Salihiah: JKMSK Tarik Balik Permohonan Injunksi... Apa Sebenarnya Berlaku




Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut telah menarik balik permohonan injunksi yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar 5 Januari lepas.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri di sini, hari ini.
"Saya rasa gembira kerana pihak yang memfailkan kes berhubung Madrasah Salihiah telah menarik balik (permohonan injunksi) dan kita akan teruskan perancangan kita untuk menyelesaikan masalah surau itu.
"Diharap tidak akan ada mana-mana pihak yang akan menimbulkan isu ini lagi kerana pihak yang menuntut pun dah tarik balik tuntutan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.
Pada 5 Januari lepas Jawatankuasa itu memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebagai usaha terakhir menghalang madrasah itu diroboh oleh kerajaan Kedah bagi membangunkan kompleks beli belah di tapak itu.
Madrasah Salihiah didirikan pada 1909 di atas tanah kepunyaan Hajah Aisyah dan diperturunkan kepada waris-waris dan akhirnya dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai tanah wakaf khas.
Dalam perkembangan lain ketika ditanya adakah Kedah tidak akan turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Azizan berkata pihaknya menunggu arahan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya akan tengok nasihat Presiden saya, tengok apa kata dia dulu. Kalau saya rasa boleh menang, saya buat sekarang. Sama juga Barisan Nasional dia pun tunggu boleh menang baru buat pilihan raya.
"Senarai nama calon Pas saya dah hantar lama dah (ke pusat), PKR serah kat PKR, saya tak campur," katanya.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.
Langkah itu kononnya untuk memastikan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan pengundi di negeri berkenaan adalah bersih. - Bernama

2 comments:

  1. bukan tarik balik, tapi peguam jawatankuasa madrasah telah di SUAP untuk menarik balik injuksi. Sebab tu menimbulkan kekecohan dikalangan jawatankuasa.

    ReplyDelete
  2. Samada disuap ka atau kena suap ka, pokoknya perkara ni telah ditarik balik menunjukkan sesama jawatakuasa pun tak sependapat.

    Apa yg sebenarnya belaku???....

    Tak kala kerja meroboh akan dijalankan, seluruh wartawan Media Prima akan berkampung kat situ menceritakan seolah-olah Kerajaan Kedah merobohkan surau tempat org Islam sembahyang dan sembah yang. Itu yg sebenarnya bakal berlaku. Maklumlah, dekat PRU-13 la katakan.

    Nak lawan di mahkamah sendiri tak yakin buleh menang melainkan hakim mendapat arahan dari tangan ghaib. Klu kalah, malu besor, klu menang plak, ada proses seterusnya yg tentu memerlukan belanja besor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.