Hangat!! Inilah Lokasi2 Jualan Tiket Pahang vs JDT Separuh Akhir 2 Piala FA Esok.. Jom Terjah!!!


Lokasi Jualan Tiket Pahang vs JDT Separuh Akhir 2 Piala FA 1 Jun 2013

Ini adalah info mengenai perlawanan Pahang vs Darul Takzim FC Sabtu ini (1 Jun 2013).

Lokasi Jualan

Tarikh: 31 Mei 2013

Masa: 10 pagi

Harga: RM15 (Mereka yg ada tiket lama yg dibeli pada hari selasa lalu tak perlu bayar sebaliknya kena tebus tiket baru, TIADA CAJ TAMBAHAN dan hanya perlu tunjuk tiket lama sahaja)

Lokasi: Stadium Darul Makmur, Stadium Mini Temerloh dan Stadium Nasional Bukit Jalil

- Walaupun bermain di Std Bukit Jalil, Pahang masih lagi menjadi TUAN RUMAH tetapi pengeluaran keselamatan dan juga pengeluaran tiket di bawah pengeluaran FAM iaitu pengerusi jawatankuasa tiket, Datuk S. Sivasundram.

- Pahang selaku TUAN RUMAH mendapat 70,000 tiket daripada 90,000 tiket yang dipohon. Bermakna hanya 20,000 tiket sahaja diperuntukan oleh penyokong JDT. PAHANG SELAKU TUAN RUMAH dan mereka berhak mendapat lebih.. Itu bermakna dijangka 90 000 penyokong akan membanjiri SNBJ..

- Tiket yang lama (TIKET YANG DIBELI PADA HARI SELASA) boleh ditebus semula di pejabat Persatuan Bola Sepak Pahang dan kaunter Stadium Darul Makmur dan juga kaunter Stadium Mini Temerloh pada JAM 10 PAGI PADA HARI JUMAAT ini (31/5/2013). Bermakna anda akan dapat tiket baru untuk perlawanan pada hari sabtu ini BUKAN dapat duit ganti rugi. Tiket yang lama juga boleh digunakan untuk perlawanan Pahang vs Perak di Std Darul Makmur di masa yang akan datang JIKA ANDA TIDAK JADI KE BUKIT JALIL.

- Tiket baru juga akan mula dijualkan pada pukul 9 PAGI di kaunter Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu (1/6/2013). Peminat dari lembah klang juga boleh beli tiket di kaunter SNBJ. (Yang berada di dalam negeri Pahang diminta BELI tiket di Stadium Darul Makmur dan Stadium Temerloh kerana yang dijual di SNBJ tak banyak dan kemungkinan cepat habis)

- TIDAK ADA tebus tiket di SNBJ. Hanya di Std darulmakmur dan Stadium Mini Temerloh sahaja. (Penyokong JDT sila datang ke Std darulmakmur atau Pejabat PBNP jika anda mahu tebus tiket)

- Harga tiket baru ialah RM15. (Mereka yg ada tiket lama yg dibeli pada hari selasa lalu tak perlu bayar sebaliknya kena tebus tiket baru, TIADA CAJ TAMBAHAN dan hanya perlu tunjuk tiket lama sahaja)

- Kucing juga tidak dibenarkan masuk kecuali jika kucing itu ada tiket dan berak di jamban bukan di padang.. hahaha

- Sebagai hukuman, Pahang FA juga akan menanggung kos penginapan untuk dua malam kepada pasukan JDT, pengangkutan dan juga makanan untuk 9 double room 7 single room seperti dalam peraturan pertandingan. Ditanggung beres kerana pasukan Pahang nampaknya tak sabar nak lawan JDT dihadapan ribuan penyokong mereka (70K).

Pahang vs Darul Takzim yang dijadualkan Sabtu ini pada 4.15pm telah diubah ke 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil. Ini berdasarkan menelitian terhadap keadaan lampu sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil....

- Pemain pasukan kebangsaan dari Pahang dan JDT dilepaskan serta-merta untuk persiapan perlawanan pada hari sabtu ini dan akan kembali melaporkan diri membuat latihan pada hari Ahad selepas perlawanan separuh akhir kedua ini.

Sekian terima kasih.. Majulah Bolasepak untuk negara..

Sumber: Bola3x

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.