SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.“Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia,” katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.
Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam.“Pakatan telah membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran Selangor,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang 35 tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus membangunkan sistem demokrasi di Malaysia,” katanya.
- keadilandaily
***********
ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang memegang jawatan sebagai Menteri Besar. Antara bidang tugas termasuklah urusan Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.
Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
-Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar
Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali
-Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
-Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Adun Sabak, Sallehen Mukhyi
-Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa
Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim
-Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
-Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram
Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman
-Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail
-Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong
-Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
-Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi

0 comments:
Post a Comment