Isteri Pendakwah: 5 Bekalan


Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. Kenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat tubuh, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, kehadapan dalam urusan rumah-tangga dan di kamar tidur. Maaf, tanpa bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan ketrampilan itu adalah bekalan normal yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa memandang apakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kalimat lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk berkahwin dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai bekalan yang normal itu. Bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak mempunyai bekalan itu? Ya, perlu belajar (learning by doing).

Kembali kepada pokok perbahasan kita. Menjadi isteri pendakwah bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan lebih dari biasa. Seperti apa? Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri pendakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah).
Hal penting yang harus difahami oleh isteri pendakwah, bahawa suaminya tak sama dengan ‘model’ suami pada umumnya. Seorang pendakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tertegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih redha Allah. Mendampingi seorang pendakwah adalah mendampingi seorang perajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang pendakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, kerana cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad!

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah.
Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Miliki keyakinan bahawa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuatir melepas suami pergi berdakwah ke mana-mana. Miliki keyakinan bahawa Dialah (Allah) Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan materialisma. Dan tetap sadar diri, tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (Mental).
Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi isteri seorang pendakwah: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan berdikari.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelek).
Ternyata, seorang pendakwah tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia memerlukan seorang isteri yang pandai mengambil hati dan mudah berbicara dan berbincang, bermusyawarah, atau diskusi tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyakkanlah membaca, rajin ke majlis-majlis ilmu supaya sentiasa ke hadapan.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizik).
Menjaga kesihatan, pandai mengandam diri sendiri. Jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan takwanya seorang pendakwah, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang pendakwah tetaplah manusia biasa yang mungkin melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah SAW.?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.