Seramai 300 peserta termasuk tiga artis iaitu Abby Abadi, Hairi Othman
dan Leman Raja Lawak mengadakan piket menentang akta yang dianggap zalim
dan tidak relevan lagi.
Pelakon, Abby melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan turut
mempersoalkan ke mana slogan 'Janji Ditepati' yang dicanang pihak
berkenaan.
“Sehingga kini mengapa masih wujud kem tahanan sebegini dalam negara
dan saya sendiri kecewa terhadap kezaliman yang dilakukan kepada
tahanan,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan ini.
Bagi, Hairie pula, dia mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim tersebut dari terus berada di negara ini.
Menurutnya, semua golongan muda diharap dapat bersatu mentang akta ISA kerana dianggap tidak munasabah lagi.
“Tahanan perlu segera dibicarakan, seandainya didapati bersalah barulah layak mereka ditahan,” katanya.
Sementara itu, Leman Raja Lawak berkata, dia turut mempersoalkan sikap
seorang pemimpin yang mengeluarkan komen di laman sosial, menganggap
piket yang dijalankan rakyat tidak penting.
Katanya, perhimpunan aman pada kali ini mencecah 300 peserta malah
turut membakar semangat kepada keluarga mangsa tahanan serta seluruh
peserta yang hadir.
| SinarHarian
0 comments:
Post a Comment