Himpunan Oren Esok - Dah Mula Laporan Polis Bantah Himpunan Ini, Jom Terjah!!!


Pengurusan Felda dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda dari lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual esok.
  
Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut semalam bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan perhimpunan tersebut.
  
Menurut Yunus, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat Felda, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.
  
"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan Felda untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.


  
"Apa yang peneroka dan petugas Felda peroleh hari ini tidak ada yang kurang malah pendapatan masyarakat peneroka jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana," katanya kepada pemberita di Temerloh semalam.

Menurut beliau perhimpunan Oren sebenarnya bertujuan untuk menghalang kemajuan Felda dan pada masa yang sama juga cuba untuk memporak-perandakan keharmonian masyarakat peneroka dan kakitangan Felda.
  
"Kehadiran ANAK dalam masyarakat Felda tidak diperlukan dan kita minta mereka jangan cuba untuk campur tangan dalam urusan kehidupan harian peneroka," katanya.
  
Sementara itu Pengerusi JKKR Sungai Tekam, Hashim Kadir, 77, berkata para peneroka di lapan tanah rancangan berkenaan iaitu di Felda Sungai Tekam, Felda Sungai Tekam Utara, Padang Piol, Sungai Rentang, Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4, juga akan mengadakan perhimpunan membantah perhimpunan Oren di Felda masing-masing esok.
  
Semalam, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata polis tidak akan membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Sabtu ini berikutan lokasi itu tersenarai sebagai tempat larangan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
  
Himpunan Oren itu kononnya bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.