BERANI!!! Isu Ekstremisme Agama: Dr Asri Setuju Debat, Tempahan Tiket Kapal Terbang.. Jom Terjah!!!



SHAH ALAM – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia, menyahut cabaran Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstremisme agama di negara ini.

Memetik posting terbaharu Dr Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu, beliau telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh debat tersebut diadakan.
Debat dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Dalam surat jemputan daripada setiausaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, objektif penganjurannya dikatakan bertujuan menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah.

Selain itu, ia bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk.

Undangan itu dibuat setelah Zamihan, yang juga seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Facebook sebelum ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Asri.

Dr Maza dalam petikan Facebooknya yang sama mengakui telah menunda program-program lain pada tarikh tersebut.

“Kedudukan saya sebagai mufti lebih terikat dan ketat dari segi jadual, tapi saya cuba sebaiknya untuk membolehkan saya hadir pada tarikh berkenaan. Bukan untuk siapa menang dan kalah, tapi untuk memberikan penjelasan kepada umat,” katanya.

Jelas Dr Maza lagi, beliau sedia berdebat secara terbuka dengan ustaz kontroversi itu dan berharap ia disiarkan langsung di TV dan Internet.

“Alhamdulillah saya sudah menerima jemputan dan beliau juga sudah menerima. Saya harap disiarkan secara langsung oleh stesen TV ataupun Internet.

“Dirakam agar semua pihak dapat menontonnya. InsyaALLAH moga ada kebaikan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.