Gambar!!! Perkembangan Terkini Datuk Bung Moktar Radin Selepas Jalani Pembedahan Buah Pinggang.. Jom Terjah!!!

Bung semakin pulih selepas jalani pemindahan buah pinggang



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melawat ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Najib berada kira-kira 15 minit di pusat perubatan itu untuk melawat Bung Mokhtar, diiringi Pengarah Perubatan, Perunding Pembedahan ENT, Datuk Dr Kuljit Singh.

Isteri Bung Moktar, Datin Nor Asidah Alimuddin ketika ditemui pemberita berkata, suaminya menerima rawatan di pusat perubatan itu hampir dua minggu selepas menjalani pembedahan buah pinggang di luar negara.

"Keadaannya semakin pulih dan doktor menasihatkan dia (Bung Mokhtar) berehat," katanya.

Dalam lawatan ke hospital itu, Najib turut melawat seorang pesakit dari Pekan, Pahang, Mohd Nawawi Mohd Arif, 26, yang menerima rawatan akibat jangkitan kuman.

Bapanya, Mohd Aris berkata, Najib seorang pemimpin berhati mulia kerana dalam kesibukan menjalankan tugas, perdana menteri masih boleh meluangkan masa menziarahi anaknya yang dimasukkan di hospital itu lima hari lalu.

Perdana Menteri yang segak dengan pakaian kemeja biru kemudiannya melawat Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia, Tan Sri Kenneth Eswaran yang turut menerima rawatan di hospital itu.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.