PARAH!!! (Video) DS Muhyiddin Akan Dibuang Kalau Terus ‘Rosakkan Umno’, Kata DS Tengku Adnan


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau mungkin akan terus dibuang daripada Umno sekiranya masih terus "merosakkan parti".
Setiausaha agung Umno itu berkata, Muhyiddin gagal melaksanakan tugasnya  untuk membantu Datuk Seri Najib Razak yang menjadi punca kepada penggantungan jawatannya yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam.
"Kalau pada saya jika beliau terus dengan kaedahnya merosakkan parti saya berkeyakinan lembaga displin (dan) kita pun ada hantar  surat kepada lembaga displin (mereka) boleh ambil tindakan pecat kalau beliau masih lakukan  cara yang  rosakkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Makanan Warisan di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya adakah akan ada lagi satu usul yang akan dibawa memecat keahlian Muhyiddin, menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ianya terpulang kepada tindakan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Kalau  dia buat lagi lah, tunggu jelah," katanya.
Semalam Muhyiddin digantung jawatannya bagaimanapun Umno masih mengekalkan keanggotaannya dan kedudukan sebagai ketua Bahagian Pagoh.
Muhyiddin tidak hadir mesyuarat MT semalam dipercayai berada di luar negara.
Keputusan  penggantungan diputuskan dalam mesyuarat MT Umno semalam dikritik Muhyiddin.
Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini mendakwa penggantungannya itu  tidak mengikut perlembagaan kerana beliau tidak diberikan notis.
Mengulas mengenai kritikan Muhyiddin, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan menafikan perkara tersebut.
"Apa pulak kita tak ikut prosedur.Beliau pun hadir dalam mesyuarat MT.
"Beliau pun tahu kita ada  sebut kepada dia janganlah buat perkara-perkara seperti pergi ceramah di kelab Sultan Sulaiman, lepas itu beliau pergi ceramah pulak lagi di tempat lain, takkan beliau tak faham," katanya.
Menyentuh mengenai tindakan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (CGKM) yang juga lantang mengkritik presiden, Tengku Adnan tidak menolak tindakan yang akan diambil terhadap mereka.
"Ini bukan soal anti Najib atau tidak, orang kata kita ini tidak demokrasi.
Kalau kita tak demokrasi, sudah pasti smlm MT pecat je Muhyiddin tapi kita tidak," katanya.
- SUMBER: TMI
-Video: YouTube

 – 27 Februari, 2016.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.