BERAPI!!! Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin Bakal Digantung Keahlian UMNO, Benarkah? Jom Terjah!!!



SABAK BERNAM: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana masih terus 'menyerang' presiden parti.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan mencadangkan pada mesyuarat majlis itu minggu ini supaya Muhyiddin digantung kerana tindakannya itu.

"Dia perlu ingat, dia bukan ahli biasa. Dia timbalan presiden parti.
"Menurut Perlembagaan parti, dia sepatutnya membantu presiden, bagaimanapun saya rasa dia telah bertindak keterlaluan," katanya ketika melakukan lawatan ke Inap Desa Sungai Haji Dorani di sini, Isnin.

Nazri juga mendakwa Muhyiddin mengkritik kepimpinan parti secara terbuka ketika bertemu orang awam sebelum Perhimpunan Agung Umno lalu.

Beliau menggesa Muhyiddin supaya keluar dari parti jika tidak lagi mahu bersama pemimpin sedia ada.

"Jika dia fikir apa yang dilakukannya sekarang betul, dia patut tinggalkan parti dan menentang secara terbuka.

"Saya fikir tindakannya sudah melampau batas," katanya.


Nazri diberi penerangan oleh pengusaha inap desa, Abdul Rahman Daud (kemeja merah) ketika lawatan di sekitar Inap Desa Sungai Hj Dorani di Tanjung Karang Selangor, Isnin.

Muhyiddin secara berterusan menyatakan kebimbangan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd sejak beberapa bulan lalu.

Sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan tahunan Umno, Disember lalu, bekas timbalan perdana menteri itu menyampaikan ucapan kepada umum di Kelab Sultan Sulaiman yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.