PULAK!!! Benarkah Mukhriz Akan Dipecat, Istana Bakal Umum MB Baru Esok? Jom Terjah!!!


mukhriz sedih


ALOR SETAR: Tanda tanya kedudukan Mukhriz selaku Menteri Besar kini telah terjawab apabila beliau akan dipecat pada hari ini.

Menurut sumber yang terdekat dengan istana Mukhriz bakal dipecat kerana telah hilang sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri Kedah.

“Perjumpaan tadi amat baik, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang hadir.
“Mereka turut menjelaskan tindakan menolak kepimpinan Mukhriz itu dilakukan secara sukarela tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak dan saya turut dimaklumkan Mukhriz akan dipecat dan digugurkan jawatan sebagai Menteri Besar malam ini” katanya kepada SuaraTV sebentar.

Majoriti 19 undian dari ADUN daripada 36 kerusi telah bersetuju untuk menyingkirkan beliau dari jawatan Menteri Besar.

Menurut sumber itu juga, pihak istana juga akan mengumumkan nama menteri besar yang baru esok.

“Nama menteri besar yang baharu akan diumumkan esok sebelum majlis angkat sumpah diadakan di Istana Anak Bukit” katanya ringkas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanafiah ketika ditemui sejurus selepas majlis mengadap anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkata semua berjalan seperti yang diharapkan.

Dalam kes yang berkaitan penyokong tegar Mukhriz telah mengantung kain rentang disekitar stadium bagi menyatakan bantahan terhadap perlucutan jawatannya.

Menurut sumber, Mukhriz akan menyampaikan amanat terakhirnya kepada penyokongnya.

Terdahulu, Ahli-ahli jemaah pemangku Kedah telah berjumpa dengan beliau pada pagi tadi untuk menandatangani surat perletakan jawatan namun beliau enggan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.