Gempar Sungguh!!! Menteri Besar Letak Jawatan, PM Telah Terima Surat Perletakan Jawatan, Jom Terjah!!!



Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.
Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

Ahmad Said juga dikatakan  memberi surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.
Majlis angkat sumpah Razif dijangka dibuat malam ini selepas solat Isyak di Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Difahamkan, Pemuda Umno Terengganu membantah tindakan Putrajaya menukar kerusi menteri besar kepada Razif dan mengugut mengadakan mogok lapar selama seminggu sekiranya Ahmad Said diturunkan.
Melalui sepanduk putih bertulis “Kami Senang Kerana Dato' Ahmad Said”, mesej itu dikatakan digantung di beberapa kawasan sekitar Terengganu.
Ahmad Said yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu berkhidmat sebagai menteri besar selama dua penggal sejak 22 Mac 2008.
Berlaku kontroversi diawal perlantikannya yang tidak mendapat sokongan Umno malah semua Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu juga berikrar berdiri teguh menyokong Datuk Seri Idris Jusoh agar bekas menteri besar Terengganu dikekalkan.
Sebelum ini, wujud spekulasi pemimpin berjawatan menteri besar di dua negeri akan ditukar iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan, membabitkan Datuk Seri Mohamad Hasan. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.