Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-
Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.
Tambah Cik Ta, bukan dia seorang berpakaian begitu malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua yang hadir berpakaian mengikut tema yang sama.
Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.
Sebenarnya kami tertanya-tanya adakah definisi pakaian sopan bagi Rozita bermaksud “baju kurung’. Rasanya banyak baju kasual lain yang sopan dan bersesuaian dengan usia beliau, misalnya berseluar panjang atau berskirt labuh sedikit. Dia berkata lanjut:-
Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet.
Buat pengetahuan anda, Cik Ta juga pernah dikritik sebelum ini kerana memakai skirt pendek sewaktu menonton persembahan Akademi Fantasia ke-8 (AF8).
Di padang Mashyar nanti bagi lah alasan saya pakai ikut tema yang A tetapkan..., pas tu A akan kata bukan i paksa... yang ikut pakai buat apa....macam Bangau oooo Bangau..., akhirnya pakat-pakat semua yang seangkatan dengan nya akan berkampung di Neraka jahannam...Nauzubillah.
ReplyDelete