Datuk Mohamad Satim Diman Dilantik Ketua Pembangkang Di DUN Selangor


SHAH ALAM 8 JAN : Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Zainuddin yakin pelantikan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Mohamad Satim Diman hanya memenuhi jawatan dan tidak akan menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau melihat usaha kerajaan Umno-BN untuk menawan kembali negeri Selangor tidak akan berjaya, apabila rakyat kini dilihat sudah semakin bijak menilai kebobrokan kerajaan Umno-BN dengan bersandarkan fakta dan asas yang kukuh.

Khairul Anuar ketika dihubungi TvSelangor berkata, rakyat di negeri ini sudah menentukan pilihan pada pilihanraya umum 2008, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mampu mentadbir negeri ini dengan telus dan bertanggungjawab.

"Saya rasa bila rakyat Selangor membuat keputusan pada 2008 memangkah selain daripada BN, kerana rakyat tidak sanggup lagi atau tidak tahan lagi dengan penipuan atau penyelewengan Umno-BN," katanya.

Khairul turut menyentuh keupayaan pentadbiran kerajaan negeri kini sudah terbukti dengan pelbagai pembaharuan dan pulangan yang menguntungkan rakyat biarpun Pakatan Rakyat baru memimpin Selangor selama hampir 3 tahun.

"Kenyataan ketua pembangkang yang baru ini saya rasa dia masih lagi tidak keluar daripada karekter pemimpin Umno yang selesa duduk dalam kuasa yang tak tahu bahawa mereka banyak melakukan kesilapan pada rakyat. Ketua pembangkang kononnya mahu kembalikan kepercayaan rakyat walhal mereka yang mencatatkan rekod buruk dan dinilai oleh rakyat sebab itu rakyat buat hukuman pada mereka pada pilihanraya lalu," katanya lagi.

Sebelum ini, Mohamad Satim berkata pihaknya mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan negeri kerana dakwanya rakyat menjadi mangsa janji-janji manis yang tidak ditunaikan.

Terdahulu jawatan Ketua Pembangkang Selangor disandang Datuk Seri Khir Toyo tetapi beliau meletak jawatan awal Disember lalu.

Pelantikan Satim juga bagi yang menggantikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.