MAJORITI exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh bertegas dan menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek.
Kata mereka, Misbun tidak menghargai banyak kelonggaran yang sudah diberikan kepadanya dan BAM sendiri sudah banyak bertolak ansur.
“Ramai exco berpendapat BAM perlu tegas dan menerima peletakan jawatan Misbun serta tidak tunduk kepada kerenahnya. Kita mesti tegas dan berani berubah kerana hanya disiplin dan kesungguhan menjadi penentu kejayaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini.
“Kita akan membincangkan isu Misbun ini pada mesyuarat exco Rabu ini dan kita membuat keputusan akan menerima peletakan jawatannya,” katanya lagi.
Pendirian tegas exco BAM itu harus memberi isyarat jelas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu apabila dijadualkan mengadakan pertemuan enam mata dengan Mohd Nadzmi dan Misbun, esok.
Misbun melakukan kejutan menjelang Tahun Baru apabila menghantar surat meletak jawatan menerusi emel tanpa menyatakan sebarang alasan
0 comments:
Post a Comment