Lawyers for Liberty amat khuatir kerana ramai ahli-ahli politik dan berbagai pihak lain terlalu cepat memuji pihak polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ngeri Sosilawati Lawiya (gambar bawah) dan tiga orang rakannya yang lain.
Apa yang diperlihatkan dalam kes ini sebenarnya amat jauh sekali daripada kecekapan, daya saing dan profesionalisme yang seharusnya dipamerkan pasukan polis. Kes ini menunjukkan pihak polis hanya bertindak dengan tegas apabila melibatkan kehilangan seorang "Datuk" kaya dan terkenal. Dalam masa yang sama tidak memperdulikan atau bersikap sambil lewa terhadap kes-kes kehilangan/ pembunuhan dan kes-kes jenayah komersil.
Selanjutnya dilaporkan bahawa lebih 20 orang yang mungkin dibunuh oleh para penjenayah yang sama.
Bagaimana para penjenayah yang disyaki ini, termasuk dua orang peguam terkenal yang digantung kelayakan profesional guamannya itu dapat melakukan jenayah tersebut dalam jangka masa yang lama dengan kekebalan undang-undang tanpa sebarang tindakan pihak polis?
Maka wajarlah persoalan yang ditimbulkan pihak akhbar barangkali pihak polis telah "dibeli".
Apakah pihak polis kekurangan sumber ataupun sibuk menyiasat dan menganggu ahli politik pembangkang dan pengkritik dengan isu-isu remeh temeh daripada mengambil kira jenayah sebenar dengan lebih serius?
Apakah kita harus terkejut dengan tahap keyakinan orang ramai yang begitu rendah terhadap pihak polis dan pandangan bahawa pihak polis rasuah dan bertindak sebagai pelindung golongan kaya dan berkuasa semakin kukuh?
Lawyers for Liberty (gambar kanan) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara yang baru bahawa pihak polis akan mengambil tindakan serta-merta terhadap kesemua laporan orang hilang dan mereka yang didapati cuai akan diberi amaran keras.
Tidak seperti kenyataan Ketua Polis Selangor yang bersungguh-sungguh mempertahankan pasukan polis dalam isu ini. Ketua Polis Negeri patut tidak terus menafikan soalan-soalan yang wajar, bilamana kebarangkalian kecuaian pasukan polis atau rasuah telah mendorong berlakunya banyak lagi jenayah dan kami mendesak diadakan suatu sisatan terhadap kegagalan-kegagalan ini.
Perkara ini mengenangkan kita kepada kes Norizan Salleh yang tidak sepatutnya menerima tembakan sebanyak lima kali dari anggota polis. Bila aduan keprihatinan ditimbulkan oleh mangsa dan pihak-pihak lain, pasukan polis dan Menteri Dalam Negeri terus menolak aduan tersebut dan mempertahankan tindakan polis itu sebagai betul.
Jika kesnya diambil serius, Aminulrasyid, mangsa polis remaja berusia 15 tahun itu tidak akan terbunuh dalam hujan tembakan peluru, di bawah keadaan yang sama dengan Norizan.
Sikap sinis pasukan polis, bertindak sesuka hatinya tanpa menghormati undang-undang dan piawaian prosedur operasi, tidak akan timbul jika para pegawai kanan polis dan Menteri Dalam Negeri tidak semudah dan secepatnnya dengan secara berterusan melindungi pasukan polis sepenuh-penuhnya serta menolak aduan apabila memang terdapat bukti penembakan sesuka hati, keganasan dan merekacipta bukti.
Begitu juga dengan kes semasa ini, Sosilawati dan kenalannya tidak akan dibunuh jika pihak polis menyiasat kesemua kes orang hilang sebelumnya dan kes-kes jenayah perdagangan yang berkaitan dengan penjenayah disyaki.
Kami seterusnya mendesak Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta-merta bagi membetulkan kegagalan profesionalisme dan kecekapan pasukan polis - yang teramat penting sekali dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Pihak Polis (IPCMC) sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Di Raja Pembaikan Operasi dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2004 - serta mengambil serius setiap kes-kes jenayah dan tidak bertindak hanya apabila terkena kepada para Datuk kaya dan terkenal.
*Kenyataan oleh N. Surendran, dari Lawyers for Liberty.
Sedihnye baca kenyataan begini..sungguh dangkal dan penuh emosional. esok klu anak2 kena bunuh, xyah la g report polis yek..sbb polis bukan buat kerja pun..g je repot kat peguam2 yg konon pandai berhujah di mahkamah tu..kehkehkeh lawak2
ReplyDeleterasa sedih juga baca posting di atas tu sebab memang banyak kes yang melibatkan polis mcam terrendam jadi pekasam aje.
ReplyDeleteBudak mati di tembak sampai sekarang entah macam mana cerita...Kugan mati dalam tahanan polis entah apa kabar beritanya.
Bukan nak perjatuh kerja polis tetapi itulah dia agensi yang dijaga oleh KDN.Asyik-asyik "KITA TIDAK AKAN BERKOMPROMI..BLA..BLA..BLA...lepas tu bisu dan pekak.