Tekanan Ke Atas PM Dalam Usaha Menguatkan Kerajaan Tiba2 Didakwa Ada Skandal Seks Pulak...

Ruby Rubacuori
Ruby Rubacuori

Berlusconi nafi upah pelacur remaja untuk khidmat seks



MILAN: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi menghadapi siasatan kes pelacuran di Milan membabitkan seorang penari remaja kelab malam yang hadir dalam parti di kediamannya, kata pendakwa, di sini semalam.


Siasatan itu menambah tekanan ke atasnya ketika beliau berusaha memperkuat kerajaan selain menghadapi tuduhan menipu cukai dan rasuah, sehari selepas mahkamah menolak undang-undang memberikannya kekebalan penuh daripada pendakwaan.


Majistret berkata, mereka menyiasat tuduhan bahawa Berlusconi memberi upah untuk melakukan hubungan seks dengan Karima El Mahroug, 17, yang menggunakan nama pentas Ruby Rubacuori (Penggoda).


Perbuatan memberi bayaran untuk seks dengan pelacur di bawah usia 18 tahun adalah satu kesalahan di Itali.


Mereka juga meneliti sama ada Berlusconi, 74, campur tangan secara tidak wajar dengan polis selepas remaja itu ditahan kerana mencuri.


Dalam kenyataan mereka, pendakwa berkata, mereka menyiasat kesalahan jenayah di villa Arcore milik Berlusconi dekat Milan antara Februari dan Mei 2010, ketika remaja itu berusia 17 tahun. Pendakwa juga sudah memberi surat saman kepada Berlusconi dan peguamnya.


Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini membuat kenyataan menolak siasatan itu sambil menyifatkannya karut dan tidak berasas.
Kes Ruby mendapat tumpuan antarabangsa tahun lalu khususnya takrif bunga bunga bermaksud parti seks di kalangan wanita muda.


Remaja itu memberitahu akhbar dia dibayar 7,000 euro (RM28,000) untuk hadir parti villa Berlusconi tetapi menafikan melakukan hubungan seks dengan pemimpin itu.


Berlusconi yang tetap bertahan sekalipun dilanda beberapa skandal seks membabitkan pengiring sosial dan wanita muda sejak berkuasa pada 2008, mengakui kenal Ruby dan membuat panggilan telefon kepada polis untuk membantunya.


Sumber berkata, polis memeriksa sebuah pejabat pegawai wilayah yang rapat dengan Berlusconi dan membawa Ruby dari balai polis itu selepas dibebaskan.

Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.