PANAS LAGI!!! Rupanya Khalid Ibrahim Ada Agenda Untuk Bertanding Jawatan No. 2 Dalam PKR.. Jom Terjah!!!

Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas menghadiri Festival Seni Mempertahankan Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. – Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014.Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas menghadiri Festival Seni Mempertahankan Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengatakan beliau mempunyai kelebihan berbanding Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk merebut jawatan tersebut kerana mempunyai "track record"  atau rekod kerja yang lebih menyakinkan.
Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding jawatan tersebut ialah demi membawa agenda pembaharuan dalam parti dan bukan untuk kepentingan peribadi.
"Kekuatan saya sudah tentu pada 'track record' saya yang sangat jujur dan berdedikasi. Paling penting tujuan bertanding adalah untuk membawa pembaharuan," katanya pada sidang media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.
Semalam Khalid dalam satu majlis di hadapan kira-kira lebih kurang 200 penyokongnya mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan nombor dua PKR.

-TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.