Baru-baru ini telah tersebar rakaman video di sebuah restoran KFC di mana dapat dilihat sekumpulan pekerja KFC di situ cuba membelasah seorang pelanggan. Akibat dari itu, pihak KFC telah memohon maaf di laman sosial FB KFC berkenaan isu pekerja belasah pelanggan yang menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang telah melihat kejadian tersebut secara LIVE serta video yang telah tersebar luas di internet.
Kejadian itu timbul angkara pelanggan tersebut yang menunggu lama untuk dilayan lalu melepaskan kata-kata yang kurang enak didengar oleh mereka, Para pekerja KFC yang berada di situ terus bertindak melulu dan membelasah pelanggan tersebut.
Inikah Sikap Pekerja KFC
inilah nasib pekerja.slogan pelanggan selalunya betul menyebabkan mereka menjadi taraf pecacai.aku biasa mengetuai satu kawasan dalam sebuah glc dan ianya memang mangli bagi aku.
ReplyDeletedari video ini aku lihat banyak sekali staff kfc yang bersama bertindak,bukan seorang.
rumusan aku,pelanggan ini telah mengeluarkan ayat ayat yang sudah dapat diterima lagi olih sesiapa sahaja yang ada maruah diri.
kesabaran telah langkah sempadan dan beginilah kesudahannya.
Untuk pekerja itu carilah kerja lain,masih banyak lagi kerja yang bolih dibuat.
Tindakan anda lebih bermaruah dari tindakan seorang budak bernama mahasiswa yang dengan samseng mencetoboh kawasan orang sambil berselindong slogan" kebebasan."