Hangat Berapi!!! Hari Tu Hampa Desak Rektor KUIN Letak Jawatan.. Hari Nie Dia Umum Letak Jawatan Hampa Pakat Terkejut La Pulak.. Jom Terjah!!!



BALING - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.
Katanya sekalipun kerajaan negeri kini diteraju Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Insaniah.

"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar.

Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.
"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu.
Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Insaniah di Kuala Ketil.
Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Insaniah peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.
Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Insaniah serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Insaniah.
Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Insaniah bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.
Kerajaan negeri dan Insaniah juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil.
Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.
BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diteraju Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.
Mengulas pelantikan rektor baru, Tajul Urus berkata seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Insaniah.
Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.
"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Insaniah dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan.
Apa yang penting, kita mahu Insaniah sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.
Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Insaniah jika tindakan itu memberi manfaat kepada Insaniah.
Insaniah kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. 

- Bernama

2 comments:

  1. Ini satu tindakan berani dan tepat.Para pensyarah dan kakitangan KUIN yang sibuk sangat minta rektor letak jawatan sepatut merasa puas; tambahan lagi sekarang dah dapat kerajaan negeri yang diidam2kan. Dulu kerajaan Pas miskin tak berduit, nah sekarang bolehlah minta gaji lebih dari Mukhriz yang kaya raya.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Mana juga kerajaan yang ambil alih haruslah bertanggung jawab terhadap rakyat dan KUIN sebuah institusi pengajian tinggi harus disokong.
    Bukan menunjuk taring politik dan memperalatkan KUIN sebagai mainan politik.
    Kalau jkita lihat kebaikan maka kebaikan akan terserlah. Kalau kita lihat keburukan maka keburukan itu bersalut dalam minda kita. Sehingga kita di bergelumang dengan hasad dengki dan kesumat.
    PEACE!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.