Nabil menerusi pengurusnya, Latip Ahmad berkata, pasangan berkenaan bakal dinikahkan selepas solat Jumaat di masjid berkenaan kerana berhampiran dengan kediaman keluarga sebelah perempuan, di Klang.
Dia juga berkata, sebuah majlis resepsi penuh warna-warni berkonsepkan 'fairy tale' bakal diadakan di I-City, Shah Alam pada tanggal 2 Oktober ini, sekitar jam 8 malam.
"Konsep fairy tale dan persandingan dalam taman sememangnya konsep yang diidamkan Nabil dan Nazirah. Mereka sengaja memilih I-City kerana lokasi berkenaan melengkapi konsep impian perkahwinan mereka.
" Pada majlis resepsi berkenaan, mereka akan mengenakan persalinan moden di mana Nabil dengan tuxedo, manakala Nazirah bersama gaun moden," katanya.
OhBulan!
tahniah bro,cun.
ReplyDelete