Inkues Teoh: Pornthip Setuju ke Malaysia - Lepas Nie Kita Tengok Sapa Yang Lebih Pakar

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand akhirnya bersetuju datang ke Malaysia bagi memberi keterangan pada inkues bagi menentukan kematian pegawai khas, exco DAP - Teoh Beng Hock.

Adalah difahamkan bahawa Kementerian Keadilan Thailand telah memberikan lampu hijau kepada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan beliau meneruskan kenyataan berhubung penemuannya.

Malaysiakinidifahamkan Pornthip akan datang seawal minggu pertama Ogos ini.

Ketika cuba menghubungi pakar patologi Thailand itu, seorang pembantunya mengesahkan Pornthip akan hadir tetapi enggan mengulas lanjut.

Inkues berkenaan dijadual bersambung semula esok dengan keputusan Mahkamah Koroner sama ada Pornthip dibenarkan memberi kenyataan melalui sidang video.

P
ada 11 April lalu, Pornthip memberitahu bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menerima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Mengulas
perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz pada Apri lalu berkata Pornthip berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya.

Tindakan itu menyebabkan Nazri dirujuk bagi dikenakan tindakan menghina mahkamah tetapi usul mengheretnya itu ditolak pada 21 Mei lalu.

Sehubungan itu juga, kerajaan negeri Selangor membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand itu bagi memberi keterangan secara langsung dari Bangkok.

Ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor itu sebelum ini membuat kejutan dan mendakwa dari pemerhatiannya berpendapat lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh manakala kemungkin pembantu politik DAP membunuh diri adalah hanya 20 peratus.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 Nov lalu dengan pemerhatian oleh Pornthip manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.