Gambar!! Pelakon Komedi Terkenal Nie Positif Dadah... Masih Belum Insaf Ker???

http://speakerpecah.blogspot.com

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek didapati positif dadah kanabis selepas seorang juruteknologi makmal perubatan memberitahu ujian pengesahan dadah tersebut kepada Mahkamah Majistret semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Israfel Ismon, 54, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berkata, bagi mengetahui kandungan dadah itu, pihaknya membuat ujian pengesahan dadah dikenali sebagai Thin Layer Chromatography (TLC).

Selain Saiful Apek, tiga lagi suspek lain iaitu Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 , Shaiful Baharom, 24 dan Noremy, 28, didapati positif dadah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Disoal Timbalan Pendawa Raya, Ahmad Ishrakh Saad bila ujian itu dibuat, saksi kelima itu bagaimanapun tidak ingat tarikh dan hanya mengesahkan ia dilakukan pada Jun 2010.

“Selepas menerima arahan daripada pegawai perubatan, saya mengambil sampel air kencing yang disimpan dalam peti sejuk dan membuat ujian TLC,” katanya. 

Israfel berkata, sebaik selesai menjalankan ujian, sampel disimpan kembali dalam peti ais, manakala hasil ujian disahkan pegawai perubatan, Rozita Abdullah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Israfel memberikan keterangannya pada perbicaraan kes Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42 dan tiga kru produksi, Shah Zainatull, Shaiful Baharom serta Noremy, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil ganja.

Kesemua suspek dituduh melakukan kesalahn itu di Pejabat Bahagian Siasatan jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, kira-kira jam 11.00 malam, 12 Jun 2010.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apek serta tiga raknnya itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. 

Perbicaraan akan bersambung pada 10 Mei 2012 ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.