Gempar!!! Ketua Pemuda PAS Malaysia Tewas Pertandingan Jawatan Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Indera Mahkota.. Jom Terjah!!!

Nasrudin Hasan kalah bertanding jawatan peringkat PAS kawasan

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hasan yang disebut-sebut akan dipertaruhkan merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan kepimpinan parti itu November nanti tewas dalam pemilihan jawatan di peringkat kawasan.

Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh tewas merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.

Beliau tewas kepada penyandang jawatan tersebut, Suhaimi Saad yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang. Nasruddin memperolehi 60 undi manakala Suhami mendapat lebih 100 undi.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Suhaimi mengesahkan menang jawatan tersebut untuk penggal kedua.

"Saya menang pertandingan merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota mengalahkan ustaz Nasrudin," katanya.

Nasrudin dikatakan mewakili kumpulan yang dinamakan sebagai pro-ulama untuk bertanding jawatan Naib Presiden selepas ada desas-desus akan mengosongkan jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya sekarang.

Kekalahan Nasrudin dalam pertandingan peringkat kawasan itu dilihat boleh menjejaskan reputasinya untuk bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat pusat.

Sumber dalaman PAS menjelaskan, pemimpin yang tewas di peringkat kawasan kebiasaannya berdepan laluan sukar untuk menang jika bertanding di peringkat pusat.

"Kebiasaannya kalau tewas diperingkat kawasan, imej pemimpin tersebut akan tercalar sedikit kerana akan dilihat tidak mendapat sokongan akar umbi.

"Bila akar umbi sudah tolak, macam mana nak dapatkan kepercayaan dan sokongan daripada perwakilan dari kawasan lain yang akan membuat pilihan ketika muktamar nanti," kata pemimpin kanan PAS Pusat itu kepada Astro AWANI.

Pemilihan pimpinan baharu PAS Pusat akan diadakan dalam Muktamar Tahunan ke-59 pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam.

Pemilihan ini jadi tumpuan kerana ada usaha di kalangan kumpulan pro-ulama untuk mengetepikan pimpinan dari kalangan bukan ulama dalam barisan kepimpinan utama PAS.

Antara tokoh yang disebut-sebut akan ditonjolkan sebagai calon Timbalan Presiden yang mewakili golongan ulama ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

1 comments:

  1. Ada baguih ya amat-amat dia ni kaloh.....jawatan ketuwe tu pun elok dia tinggalkan....usoh le harap pada jawatan lebih tinggi. semoga dia kaloh pada semua jawatan. biyo jadi ahli biasa...itu lebih sesuai.....dan layok buat dia.,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.