Lebih memeranjatkan pelajar terbabit yang berpakaian sekolah melakukan adegan seks oral di surau sekolah mereka, dengan klip videonya disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit mulai awal bulan lalu.
Malah, lencana sekolah juga dapat dilihat pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya, manakala pelajar lelaki yang berdiri dipercayai merakam adegan itu sendiri menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika semua guru menghadiri mesyuarat hujung tahun dengan kehilangan mereka tidak disedari rakan lain.
Aksi itu dipercayai dirakam, tahun lalu, namun ia hanya tersebar melalui internet, baru-baru ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Difahamkan, pelajar wanita itu sudah berpindah ke sekolah lain di Kuching akibat terlalu malu, sementara pelajar lelaki terbabit masih menuntut di sekolah sama.
Katanya, ada pihak memuat turun rakaman itu ke internet menyebabkan ia kembali menjadi tumpuan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu sudah lama berlaku dengan tindakan tegas sudah diambil ke atas dua pelajar berkenaan.
tahu pulak budak pompuan tu malu..
ReplyDeletememalukan mereka.. memalukan kita.. memalukan agama
ReplyDeleteSangat panas!.. dasyatnyer bdk2 zaman skrg nie
ReplyDelete