ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes tuntutan permohonan pengesahan nikah yang difailkan oleh isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh.
Hakim Syarie Mohd Roze Abdul Wahab menetapkan tarikh itu selepas Sharifah Mohd Jahaya, 40, yang mewakili dirinya sendiri memaklumkan bahawa pihak responden, iaitu Mohammad Radzhi Salleh yang juga suaminya tidak hadir, semalam.
Difahamkan, Mohammad Radzhi tidak hadir ke mahkamah kerana notis permohonan dan afidavit tidak dapat diserahkan kepada responden.
Mahkamah memutuskan untuk memberi peluang kedua kepada responden supaya hadir pada hari sebutan semula, setelah mahkamah menolak permohonan notis menyerahkan saman secara penyampaian ganti oleh pemohon.
Mahkamah akan menyerahkan notis secara kendiri, dan sekiranya responden gagal hadir pada hari berkenaan, mahkamah akan memutuskan semula sama ada perlu dikeluarkan waran tangkap kerana mahkamah tetap mahu responden hadir pada hari sebutan kes.
Kes dikendalikan di bawah Seksyen 6 Enakmen Aturcara Mal Islam 1979 Negeri Kedah.
Pasangan ini bernikah pada 23 Oktober 2008 di Thailand berwalikan jurunikah bertauliah dari Wilayah Songkhla dan kini dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun.
Sharifah ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, responden enggan hadir di mahkamah untuk mendaftar perkahwinan mereka, justeru dia membuat permohonan sendiri untuk menjaga kebajikannya sebagai isteri.
“Saya mahu daftarkan pernikahan ini di Malaysia supaya nasib saya dan anak kelak terbela, sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Selebihnya saya tidak boleh ulas kerana tidak mahu mengganggu perbicaraan kes kelak,” katanya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 29
(11)
- DS Ustaz Azizan berharap pilihanraya kecil Kota Si...
- Mufti Perlu Juarai Isu Berkaitan Ummah Dan Agama
- Ahli Majlis MPK Diarah Bercuti Atas Dakwaan Salah ...
- Apa Nak JadiNie... Pelajar Tingkatan Dua Rakam Ade...
- Skandal PKFZ: Bekas Menteri Pengangkutan Didakwa M...
- Kenapa Farah Azlina (Timb. Pendakwa Raya) Batalka...
- Kerajaan Negeri Akan Disaman Syabas... Lagi 18 Bul...
- Lagi Langkah Terdesak UMNO Yang Silap....
- Jika YB Lunas Tak Hadir 12 Syawal Nanti ke Mahkama...
- Thailand Yang Kacau Bilau Pun Boleh Dapat Pelabura...
- TM Liga Super: Kenari Terbang Tinggi Lagii... Namp...
-
▼
Jul 29
(11)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment