PANAS!!! Kes Rayuan Liwat II Bermula Hari Ini, Usaha DS Anwar Tangguhkan Prosiding Gagal Lagi... Jom Terjah!!!


Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim gagal dalam usaha pada saat akhir untuk menangguhkan prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan pembebasannya dalam kes Liwat II.

Anwar memohon penangguhan prosiding mahkamah esok sementara menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan kali ketiganya untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan esok.

Dengan ini, rayuan pihak pendakwa akan didengar di Mahkamah Rayuan
esok, dengan diketuai oleh Shafee (kiri).

Panel lima orang hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, dalam keputusan sebulat suara, berkata permohonan seperti ini terletak pada bidangkuasa mahkamah.

Menurutnya, terdapat dua alasan dalam permohonan itu bahawa pelantikan Shafee menyebabkan berlaku konflik kepentingan dan bahawa dia bukan orang yang layak dan sesuai untuk memimpin pasukan pendakwa.

Mahkamah, katanya, memutuskan bahawa tiada merit pada kedua-dua alasan itu dan oleh permohonan tersebut ditolak.[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Anwar memohon perintah penangguhan daripada Mahkamah Persekutuan kerana Mahkamah Rayuan turut menolak permohonannya bagi prosiding esok ditangguhkan.
  
Ketua Pembangkang memfailkan notis rayuan itu pagi ini disusuli dengan permohonan bagi penangguhan.
  
Panel mendengar permohonan itu pada 5.10 petang ini.
  
Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, R.Sivarasa berkata rayuan Anwar boleh dianggap akademik kerana beliau gagal memperoleh perintah penangguhan.

Dalam prosiding hari ini, seorang lagi peguam mewakili Anwar, Karpal Singh, memberikan dua alasan untuk menyokong permohonan berkenaan iaitu akan wujud percanggahan kepentingan sekiranya Muhammad Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam rayuan itu dan beliau (Muhammad Shafee) juga bukan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi timbalan pendakwaraya.
  
Beliau berkata Anwar perlu diberikan hak untuk menggunakan kesemua saluran undang-undang yang ada.
  
Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata rayuan ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakannya tidak mempunyai harapan untuk berjaya, dan menurutnya apa yang sedang dilakukan Anwar adalah untuk menangguhkan pendengaran rayuan esok.
  
Pihak pendakwa merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.