Remaja 16 Tahun Trauma, Rakaman Aksi Seks Disebar

Aksi dirakam dalam telefon sebelum disebar

GRIK: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja ditipu teman lelakinya yang berjanji mahu menjaganya, sebaliknya menodai remaja itu dan kemudian menjadikannya 'habuan seks' kepada enam rakannya.

Aksi seks itu juga dirakam dan kemudian disebarkan kepada umum sekitar daerah ini melalui telefon bimbit menyebabkan mangsa berasa amat malu, sesal serta marah dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, berkata dalam kejadian pada Jun lalu, remaja berkenaan yang berasal dari Lenggong mengikut teman lelakinya bersiar-siar dengan motosikal, pada satu malam.

“Selepas lewat malam, mangsa bagaimanapun tidak terus dihantar pulang ke rumah seperti dijanjikan sebaliknya dibawa ke sebuah rumah di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong. Enam rakan teman lelakinya menunggu di rumah itu.

“Mangsa diseret ke sebuah bilik dan dirogol teman lelakinya diikuti enam lelaki terbabit yang berusia antara 16 hingga 30 tahun, dan salah seorang daripadanya merakamkan aksi seks mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mahad Nor berkata, mangsa pada mulanya cuba melawan dan menendang lelaki yang merakamkan aksi seks itu tetapi gagal.

Rakaman aksi seks kira-kira tiga minit itu kini tersebar di kalangan orang ramai di daerah ini dan turut dilihat sendiri oleh mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong pada 4 Ogos lalu.

“Mangsa yang sudah tidak bersekolah selepas berhenti di Tingkatan Tiga kini trauma kerana aksi seks itu turut tersebar sehingga kepada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarganya.

“Polis berjaya menahan lima lelaki terbabit berusia antara 16 sehingga 30 tahun di beberapa lokasi di Lenggong pada 5 Ogos lalu tetapi dua lagi suspek berjaya melarikan diri. Polis percaya dapat menahan mereka tidak lama lagi kerana identiti mereka sudah dikenal pasti.

“Kelima-lima suspek ditahan reman mulai 5 Ogos hingga 11 Ogos ini. Polis turut merampas rakaman asal aksi seks terbabit daripada suspek sebagai bahan bukti,” katanya.

Mahad Nor berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan laporan perubatan mengesahkan dia dirogol beramai-ramai. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

2 comments:

  1. salam..
    amat marah dgn apa yg berlaku pada remaja perempuan ni

    perkara dah terjadi..
    insyaallah.. remaja perempuan ni akan pulih kembali. bykkan berdoa dan mohon keampunan pd-NYA..

    ReplyDelete
  2. SYABAS!!!! Dulu islam hadhari...sekarang satu melayu..., opsss satu malaysia.. Inilah hasilnya... namun nak patuh perintah ALLAH tidak sama sekali ...itulah parti dan pemerintah yang amat disokong oleh orang melayu yang bergelar umno... jom heboh satu malaysia... anak haram dah bertambah... berlakon video lucah boleh jadi pemimpin/menteri... lepas tu cakap orang lain tak da moral.... BEGINILAH GAWATNYA MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA DIBAWAH PEMIMPIN TAGHUT...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.