Felda Disaman Peneroka - Penipuan Dan Pecah Amanah Jual Beli Kelapa Sawit

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

1 comments:

  1. Alhamdulillah... warga FELDA dah mula berani menuntut kebenaran. Dulu mereka takut dengan ugutan pihak pengurusan felda jika banyak bertanya atau menyoal hak mereka.. nak buang dari felda itulah ugutan yang paling popular dikalangan ugutan2 lain.
    Cerita penyelewengan di felda ni dah lama dan setiap tanah rancangan mesti ada penyelewengan. abih tak da tukar bumbung sekolah pun nak tipu. tukat 10 keping klaim 100 keping lepas tu tiap2 tahun pulak tu... itu belum lagi membekal benih pokok untuk taman semula... kalau pengurus hentam 20sen sepokok sudah berapa banyak dapat telan duit haram. itu kalau 20sen. Ada beratus ribu anak pokok... lepas tu duit tu bagi2 lah dengan ketua cawangan ketua bahagian dan lain2 yang sewaktu dengannya untuk tutup mulut.
    yang mana dapat kontrek kerja dalam felda macam dapat bank duitlah... tipu resit, tipu klaim, tipu barang itu macam makan saik jer. yang lebih teruk pengurus guna peneroka lain yang lurus bendul untuk sain resit klaim haram...lepas tu bagi le 10/20ringgit upah penat. kontraktor2 inilah yang akan sibuk bila ada pemimpin2 umno laknat datang melawat felda.. hulur sana sini... yalah kalau tak hulur nanti tak dapat kontrek lagi.
    Kalau En. Mazlan boleh siasat benda ni gerenti umno lingkop PRU13 nih... mari kita ramai-ramai sokong En. Mazlan berjihat menentang dajjal unmo laknatullah.. terlalu banyak penyelewegan dalam felda dan felcra. Terlalu banyak... bayangkanlah sejak dari felda tertubuh... dulu zaman tun razak tak sempat lagi... masa tu duit felda belum banyak... kalau tak belum taulah lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.