Depa Celaru: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai Mahu Pengerusi UMNO Kedah Dibuang

Seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal dan negeri pembangkang lain yang diterajui oleh bukan pemimpin tempatan.

Katanya, walaupun pemimpin berkenaan hebat dan mempunyai strategi yang baik tetapi kesibukan Shafie sebagai menteri, ahli parlimen dan naib presiden Umno menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.

"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkan lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.

Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".

Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.

"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.

"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.