Nampaknya parti yang 'dipilih Allah' seperti mana yang didakwa ketua penerangan pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican ini semakin 'tidak dipilih' rupanya!
Setelah heboh dicanang media pencacai rejim Zionis Umno ke seluruh negara, perdana menteri Najib Altantuya dikatakan tidak akan hadir ke satu majlis yang dirancang sebegitu lama di Pulau Pinang esok!
Maklumat ini disahkan sendiri menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), UDA Land (North) Sdn. Bhd., yang menyebut majlis pecah tanah pembinaan Warisan Tanjong di Tanjong Tokong yang sepatutnya dirasmikan Najib Altantuya esok, terpaksa dibatalkan kunun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Surat yang bertarikh 3 Disember lalu yang ditandatangani Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd., Kamarudzaman Mohd Zain itu baru tersebar di laman sosial sebentar tadi.
Dalam surat empat perenggan itu, Kamarudzaman tidak menyatakan secara terpeinci sebab-sebab pembatalan majlis tersebut, tetapi dipercayai skandal penipuan penjualan tanah oleh beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang yang diketuai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Musa Sheikh Fadzir adalah di antara penyebab utamanya.
Sambil 'memohon maaf dan dukacita' di atas pembatalan majlis tersebut, Kamarudzaman dipercayai sudah mengarahkan kakitangan UDA yang dikerah hadir menyambut Najib Altantuya di majlis pecah tanah tersebut supaya membatalkannya serta-merta.
Najib Altantuya seperti biasa bakal diiringi suaminya, Rosmah Mansor dan pegawai kanan kerajaan persekutuan dalam lawatan selama sehari juga bermula esok.
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih belum dapat ditemui bagi meminta komennya tentang pembatalan majlis tersebut yang dianjur agensi kerajaan pusat di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan itu.
Musa yang didakwa memperolehi kekayaan segera RM5 juta dalam tempoh tiga bulan selepas berjaya memperdaya penduduk Melayu di negeri itu sehingga kini masih mendiamkan diri tanpa berani mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat yang membongkar skandal penipuannya ke mahkamah.
Musa merupakan adik kepada bekas menteri pelancongan dan bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kini aktif bersama Pakatan Rakyat membongkar kebejatan pemimpin Umno, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Selain majlis tersebut yang kini dibatalkan, Najib Altantuya yang terkenal dengan gelaran 'Bapa Pengumuman' dijangka akan merasmikan sambutan perayaan rumah terbuka Deepavali peringkat negeri dan kesempatan ini terus digunakan menyerang kerajaan negeri kununnya masalah perumahan untuk penduduk kelas pertengahan dan bawahan yang serius di bahagian pulau tidak diselesaikan, padahal Pakatan Rakyat baru memerintah hampir sepenggal penuh.
Bagaimanapun Guan Eng sudah cukup bersedia dengan serangan yang bakal dilancarkan Najib Altantuya termasuk isu pembatalan pembelian tanah di Taman Manggis kerana BN negeri gagal membayar premium tanah setelah tempoh dua bulan yang diberikan tamat semalam.
Gula-gula lain yang dijangka ditabur Najib Altantuya adalah kununnya akan menyelesaikan masalah kesesakan di Georgetown dan Bayan Lepas sedangkan rejim BN gagal membayar hasil tahunan negeri yang dianggarkan 21% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri itu sebaik Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN dengan majoriti besar pada 2008 lalu. -JalanPulang
0 comments:
Post a Comment