“BIAR BETUL!!!“, itulah perkataan pertama yang muncul dalam kepala otak aku bila terbaca tentang perkara ini. Syarikat Ramly Burger pun pakai DNA babi gak ker?
Mulanya susah aku nak percaya. Tapi bila lepas teliti surat-surat yang dilampirkan, lidah aku terkelu.
Aduhh…apa nak jadi la dengan dunia ni. Dah takde benda lain ker nak guna, sampai guna babi weyy? Apasal babi ni special sangat yerk? Asyik-asyik babi, babi, babi….
Aku dah lah suka makan hot dog brand Ramly ni…Uweekkk, bile teringat nak termuntah. Nampaknya aku kena buang habis semua stok yang ada kat dalam peti ais tu.
Sila Teliti Surat-surat berikut :
Sekarang, aku nak tuntut pihak Syarikat Ramly Burger untuk beri penjelasan tentang perkara ini. Kalau tak, kami BOIKOT!
Kepada
YANG BERKENAAN
PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).
Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).
Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).
Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).
Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.
Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.
Sila ambil perhatian tegas mengenainya.
Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly
******************************************
Alhamdulillah Inilah Penafian Yang Telah Dibuat

demm
ReplyDeletehampehh aku penah makan gak!!!
ReplyDeletebetul ke ni? ada org nak jatuhkan ramly kot..
ReplyDeletekena siasat betul² ni..jgn buat main pasal halal haram ni.
ReplyDeletebaru telefon ramly burger tadi... nombor batch tak sama
ReplyDeleteJangan la buat main2 bende2 mcm ni, cuba siasat betul2. Kalau dah ade bukti mcm ni, kenapa tak report terus kan TV3 ker, media ker ? Kenapa just post kat blog jer ?
ReplyDeleteFikir logik dulu la sebelum nak kaitkan dengan bende2 ni semua. Kalau ye pun, kenapa Ramly masih keluarkan produk dia ?
http://www.fuhsantai.com/2011/11/fuh-frankfurter-lembu-jenama-ramly-ada-dna-babi/
ReplyDeleteader reply dari Ramly Burger,,,,
Ini jawapan daripada pungrusan ramly.. nak share baru pas copy..
ReplyDeleteSalam,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.
Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Siti Hayu Binti Dato’ Haji Ramly
Pengurus Kanan
Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd
nak share juga jawapan daripada Bahagian Halal Jakim. sumber boleh rujuk kot: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40798
ReplyDeleteSoalan
salam..saya ingin mengemukan isu yang telah saya lihat di facebook iaitu hotdogs ramly yang dikatakan mengandungi DNA babi, adakah benar hotdogs ramly? saya inginkan kepastian.terima kasih
Jawapan
Wassalam,
Sejak kebelakangan ini memang terdapat banyak dakwaan palsu yang disebarkan melalui internet khususnya di dalam Face Book. Ia dilakukan untuk mengilirukan pengguna Islam di dalam memilih makanan atau produk yang halal disamping tujuan yang lain.
Mengenai dakwaan terdapatnya kandungan DNA babi di dalam Hotdogs keluaran Ramli, ia adalah dakwaan palsu yang cuba disebarkan di malaysia.
Pihak halal JAKIM telah membuat penyiasatan mengenainya dengan mengambil sampel dari kilang yang mengeluarkannya dan menghantarnya ke jabatan kimia bagi tujuan siasatan. Hasilnya tidak terdapat sebarang kandungan DNA babi ataupun unsur-unsur yang boleh diragui status kehalalannya di dalam produk tersebut dan juga produk-produk keluaran Ramli yang lain.
Pesanan Panel, sila buat rujukan di laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui barangan atau produk yang telah diakui kehalalannya dan anda juga dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan berita atau email yang diterima. Wallahu 'Alam.
Sumber:
Bahagian Halal Jakim.
kilang ramly ada kat kedah ke?
ReplyDeletealamak..weekend hari tu baru jek menjamu selera bersama anak2..hampeh la kalo btul lagu tu yg terjadi..sanggup amek ramly nye sbb tau tu syarikat anak melayu tapi knp perkara ni bole terjadi...apa la nak jadi dgn kehidupan kita akan dtg kalo suma da guna "LEMBU KAKI PENDEK TU"...kembang tekak bila tringat muka babi tu..tgk cara dia di ternak pon da nak muntah..sebab tu la ISLAM melarang kita makan..sebab 1 dari sifat babi tu adalah pengotor dan pemalas..wallahualam...
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM..
ReplyDeleteTERIMA KASIH DIATAS PERTANYAAN SAUDARA / SAUDARI.MENJAWAB KEPADA PERTANYAAN SAUDARA / SAUDARI, DENGAN INI SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN UNTUK RUJUKAN SAUDARA / SAUDARI.
SEKIAN , TERIMA KASIH.
YANG BENAR,
USTAZ MOHAMAD RAFIZIE B KASTOR,
EKSEKUTIF HAL EHWAL ISLAM - HALAL,
RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.
==mmg palsu daKwaan tu
01hb Disember 2011
ReplyDeleteKepada
YANG BERKENAAN
PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).
Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).
Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).
Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).
Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.
Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.
Sila ambil perhatian tegas mengenainya.
Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly
Sila jangan sebarkan berita ini atau share dgn sesiapa..... FITNAH semata mata...
ReplyDeleteSOKONGLAH PRODUK KELUARAN "RAMLY BURGER"
Satu pembohongan serta FITNAH dari orang Islam yg menyebarkan satu berita yg diolah oleh KAFIR agar perniagaan orang Islam musnah, kita yg Islam pon turut sama menyebarkan Fitnah tanpa usul periksa...
Saya mohon agar article ini ditarik balik.
MUSTAFFA HJ OTHMAN.
(Muslim Consumer Food Code)
PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
H/P : 012 - 9 111 777
JAKIM ni pun satu, kalau keputusan ujian atas sample di buat kat Hospital Sg Buloh, mintak la detail drp situ. ni pi ambik sample kat kilang.
ReplyDeleteKalau betoi produk tu ciplak, apakah tindakan yg perlu diambil? orgramai dok beli lagi sosej tu.
Pihak penguatkuasa kena siasat dan ambil tindakan segera...
ReplyDeleteZakiah Zakaria kata: My husband dah tulis email dan dah dpt confirmation dr pihak Ramly bahawa apa yg dinyatakan ini adalah tidak benar. Sebaliknya pihak Ramly telah email semua gambar sijil halal yg masih sah dan diakui oleh Jakim. Pihak Ramly juga telah membuat laporan Polis mengenai perkara ini .Harap pihak yg berkenaan berhenti menyebarkan fitnah terhadap usahawan bumiputra yg berjaya ini.
ReplyDeleteassalamualaikum....
ReplyDeletedengan rasa rendah diri....saya nak minta izin dari tuan punya blog untuk kopi pes entry ini serta surat pengesahan dari RAMLY ni...
kalau tak boleh bagitahu yer....nanti saya delete dari blog saya....sekian terima kasih
dah agak dah... mesti kes dengki punyer. asalnya gua tertengok dari blog lain cakap produk Ramly ada dna babi. yang babinya, blog tu hanya tunjuk surat letterhead jab kesihatan negeri kedah 3 salinan. nasib baik gua chek kat blog ni. ada gak penafian dr syarikat ramly. (hairan tul, dah berpuluh tahun kompeni ni buat produk makanan apsal sekarang baru diorang nak pakai derivativ babi? apsal tak buat awal2?) nasib baik jugak gua tak tolong sebarkan fitnah memburukkan syarikat usahawan islam pada kawan2. chehh..
ReplyDeletekita jgn mudah cepat melatah..skang zaman cyber mcm2 cara org boleh buat untuk menjatuh kan seseorang dgn menggunakan IT..cara yang paling bagus,kita rujuk je ke JAKIM..
ReplyDeleteadakah ini fitnah atau satu sabotaj yang di adakan dan di buat oleh org kafir..........dalam usaha menjatuh imej peniaga islam...
ReplyDeleteorg kita punye keje gk ni...nk naik produk dia,burukkn produk org len...
ReplyDeletekalau dah sah berita palsu, menda ni kea di war2kan. Sebab surat yang kata haram tuh dah di sebarkan di FB dah. mintak sebarkan
ReplyDeletePukilakhanat sapa yg membuat fitnah....
ReplyDeleteKalo produk 100% org islam x halal ..apatah lagi produk org x memulakan kerja dgn bismillah...
Ada sabotaj...cian Pak Ramly..
ReplyDeleteJABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH sepatutnya menjawab jugak bagi kes ini
ReplyDelete