TERKINI!!! Inilah Punca2 Presiden PAS, Tegaskan PAS Sedia Tamatkan Kerjasama Dengan DAP.. Jom Terjah!!!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat susulan kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Mei, 2015.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.