Inilah Video Penuh Sidang Media YB Dato' Phahrolrazi, Adun Pengkalan Kundor Semalam Berkaitan Penerimaan Lantikan Jawatan EXCO Kedah

Ada lagi sambungannya... Minta Maaf kerana masalah teknikal, admin akan cuba
uploadkan lagi sekiranya masalah teknikal ini boleh diatasi...

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (tengah) mengadakan sidang media
KUALA LUMPUR: Krisis pentadbiran kerajaan PAS Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh akur dengan arahan PAS Pusat untuk menerima lantikan sebagai exco.

Pendirian berkenaan diumumkan menerusi sidang media di Alor Setar sebentar tadi.
Terdahulu, difahamkan persetujuan itu dibuat berdasarkan keputusan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui parti itu.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco. Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," katanya seperti yang dilaporkan Harakahdaily pada Isnin.

PAS Pusat pada Isnin mengumumkan keputusan yang dicapai pada mesyuarat hampir empat jam di Alor Setar pada Sabtu lalu bahawa Phahrolrazi dan Ismail perlu menerima lantikan sebagai exco.
Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus menerajui kerajaan negeri.

Sementara itu Azizan, ketika dihubungi oleh wakil akhbar The Star berkata, beliau juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan PAS pusat.

Ditanya bagaimana beliau akan bekerjasama dengan Phahrolrazi dan Ismail, Azizan menjawab:

”Bukan saya yang menolak mereka keluar. Mereka yang memilih untuk tidak menerima semula (pelantikan itu). Jawatankuasa Pusat yang memutuskan supaya mereka dilantik semula. Jadi adalah lebih baik untuk Jawatankuasa Pusat yang uruskan soal mereka.”

Pada masa yang sama, Azizan juga mengalu-alukan pembentukan sebuah jawatankuasa pemandu untuk memantau perjalanan kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.

1 comments:

  1. bagaimana efisyennya pas pusat dalam mengurus konflik dapat dilihat dari episod hassan ali di selangor dan episod mb kedah. hassan ali dan juga azizan adalah dari kalangan yang 'mesra umno'. 'mesra umno' telah membudayakan pas 'segan' bertindak sehingga keadaan telah parah.

    kerana 'mesra umno' juga hassan ali 'dibebaskan' oleh jk disiplin pas tetapi kerana menentang 'mesra umno' khalid samad menerima hukuman.

    apabila mahu selesai masalah timbullah istilah ukhuwah, semasa bertindak, ukhuwah diletak dalam tong sampah. keputusan muktamar pun ditolak ke tepi. ini semua gejala yang berlaku akibat 'mesra umno'

    'mesra umno' telah melahirkan istilah2 anti-ukhuwah dala pas seperti liberalisme, anwarisme, erdogan dan parasit. sehingga kini istilah2 ini masih dijaja oleh mereka yang 'mesra umno'.

    jika masih ada yang tak nampak benda2 begini, alamat pas tidak akan mampu maju ke depan. apabila tak nampak, semua dilihat ok, baik sahaja. kalangan ustaz dalam pas perlu berlapang dada dan merealisasikan sikap ukhuwah dalam parti benar2 wujud. justeru nasihatlah kalangan pengampu 'mesra umno' supaya menghentikan penggunaan istilah2 bacul di atas.

    wallahu'alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.