Memey Kekasih Norman "Terencat Akal & Gila"?

Memey(kiri) bergandingan dengan Norman dalam telefilemGhia. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT

PELAKON Memey Suhaiza berasa teruja apabila berpeluang untuk membawa watak perempuan yang terencat akal dalam telefilem Ghia yang bakal ditayangkan di RTM.

Memey mengakui ia memang satu cabaran yang besar kerana dia tidak pernah membawa watak sedemikian.

"Watak itu berada di luar karakter-karakter yang pernah saya bawa sebelum ini," katanya kepada MStar Online.

Lebih mengujakan, kata Memey, dia dapat berlakon bersama barisan pelakon yang hebat seperti Roslan Mat Arif, Dynas Mokhtar dan Fizo Omar.

Telefilem tersebut turut menggandingkan Memey dengan kekasihnya, Norman Hakim.

"Dapat bergandingan dengan mereka adalah satu pelajaran yang baru juga. Oleh itu, saya dah rasa tak sabar nak menontonnya dan bagaimana reaksi para penonton kelak," jelasnya.

Telefilem Ghia berkisah mengenai satu cerita kampung bertemakan kekeluargaan. Ghia adalah perempuan berusia 20 tahun yang terencat akal.

Maka gadis kelahiran Kota Tinggi, Johor yang pernah membintangi drama antaranyaRahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada dan Jaringan, Karipap Istimewa itu akan menonjolkan karakter kebudak-budakan, bodoh dan lembap.

Kata Memey, watak Ghia yang dipegangnya menunjukkan dia mempunyai fizikal yang sempurna tetapi macam budak-budak.

"Adik-beradik saya tidak menyukai saya. Mereka semua sempurna sedangkan saya terencat akal. Oleh itu mereka tidak ingin memanjakan saya supaya saya boleh berdikari.

"Abang Norman yang merupakan abang ipar saya dalam cerita ini berasa kasihan kepada," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.