Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.
Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.
"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.
“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.
Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.
Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.
"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.
Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.
Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.
Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.
Kenal siapa kawan, siapa lawan
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'.
Menurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.
“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri.” Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.
Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.
“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” katanya.
Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.
“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” katanya.
Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.
“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” katanya.
Pertahan keyakinan rakyat
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.
Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Menurut Azizan (kanan, bersongkok), ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.
Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.
“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” katanya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment