Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA
GURUN, 27 November – Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.
“CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.
“Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah,” ujarnya.
Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.
“Memang betul ada penduduk yang tinggal sejak 30 tahun lalu di Kampung Kilang Ketapan tapi bukan di atas tanah PKB yang dimaksudkan, mereka tidak terbabit dengan notis pengosongan tanah oleh PKB,” terang Muzaini.
Beliau kesal kerana mereka yang tidak terbabit itu yang diperalatkan untuk mengadakan demonstrasi memburukkan Kerajaan Negeri kelmarin. “Walhal, yang terbabit cuma 13 keluarga sahaja,” ujarnya.
Wakil penduduk, kata Muzaini, membuat andaian buruk kononnya beliau tidak menyampaikan surat kepada Menteri Besar. Mereka juga mendakwa Kerajaan Negeri menolak perundingan.
“Dalam waktu yang sama mereka menghasut penduduk mengadakan perhimpunan haram mengecam Kerajaan Negeri, ramai yang sertai himpunan pula bukan dari kalangan penduduk terbabit seolah-olah ada pihak cuba mempolitikkan isu, inikah sikap pihak yang mahukan perundingan?” ujarnya.
Mengenai permohonan mendapatkan status pendudukan sementara (TOL) kepada Menteri Besar yang diserahkan kepada beliau pada 15 November 2008, Muzaini memberitahu bahawa permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana tanah tersebut jelas mempunyai pemilik, iaitu PKB.
Bagaimanapun, katanya, bagi tanah kerajaan di Kampung Kilang Ketapan yang bukan di bawah PKB, pihaknya memang berusaha supaya para penduduk memperolehi TOL dari Pejabat Tanah.
“Selama berpuluh tahun mereka menduduki tanah tersebut secara tidak sah, hanya di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat baru kita berusaha untuk mereka memperolehi geran menduduki secara sah yang dimulai dengan pemberian status TOL.
“Setakat ini sudah 80 pemilik yang membayar RM75 untuk mendapatkan TOL dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda,” ujarnya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan6 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment